Tuesday, February 3, 2009

PENGENALAN A2P3
A2P3 terlahir pada 12 Mei 2008 untuk badge 2008/2009.Kumpulan praktikum ini dipimpin oleh En. Faizulnizam B. Ghazali sebagai metor dan dibantu oleh Muhammad Zaki B. Ahmad Zaini sebagai ketua praktikum dan Noraini Bt. Mohamad sebagai penolong ketua praktikum.praktikum ini dianggotai oleh 29 orang ahli.

PENGENALAN AHLI-AHLI
PRAKTIKUM A2P3

Muhammad Zaki nama diberi,
Menggalas tugas sebagai ketua kami,
Badannya besar macam pemain rugby,
Dialah ketua yang kami sayangi.

Nani,Shida dan Najwa sahabat setia,
Selalu bersama tak kira masa,
Bowling adalah permainan mereka,
Bab sembang merekalah juara.

Anak bomba bercita-cita tinggi,
Harapan ibu dan ayah untuk ke universiti,
Tekun belajar dan pandai sekali,
Dialah Musi yang kami puji.

Muhammad Aizat nama diberi,
Suka sakat sampai orang sakit hati,
Dalam kelas suka buat hal sendiri,
Orangnya rajin susah nak cari.

Apek ini kerap bersendiri,
Tan nama diberi,
Orangnya putih dan kacak sekali,
Selalu mendapat markah tertinggi.

Negeri Kelantan tempat asal mereka,
Terpaksa berhijrah ke sini pula,
Hakim,Nik dan Tini nama mereka,
Adat Kelantan tak lekang di jiwa.

Terdapat dua nama Nabila,
Mereka berasal dari utara,
Muka mereka nak agak sama,
Diberi gelaran Nabila satu,Nabila dua.

Buah limau kesukaan mereka,
Dimakan pada setiap Tahun Baru Cina,
Yi Wen dan Chan Joo diberi nama,
Semua subjek merekalah juara.

Eric nama gelaran kepada empunya diri,
Muka baby face comel sekali,
Mengutip duit setiap hari,
Dialah bendahari kelas kami.

Didi dan Aten sudah lama berkawan,
Dari minggu pertama hingga ke hari ini,
Bab shopping memang sakan,
Mereka dikatakan sahabat sejati.

Orangnya kurus,tak berapa nak tinggi,
Dalam kelas bising sekali,
Kadang-kadang diam menyepi,
Itulah Iela nama diberi.

Afifa nama diberi,
Suka buat lawak tak kering gusi,
Accident setahun sekali,
Cipta rekod sendiri di kelas kami.

Alias nama bapanya,
Kelantan negeri asalnya,
Lagaknya ala model Malaysia,
Muhammad Muiz nama sebenarnya.

Orangnya cantik dan berbudi bahasa,
Putih dan licin kulit wajahnya,
Juga pandai dalam banyak perkara,
Ang Sheau Hwa diberi nama.

Friday, January 30, 2009

KAMI A2P3

BERITA TERGEMPAR
Pada hari ini... terwujudlah satu blog" kami A2P3"


WE ARE A2P3